Blogger Template by Blogcrowds

Matematik Berkomputer

Thursday, 24 April 2008

4 buah buku sudah dipinjam dari perpustakaan Jabatan Matematik dan Statistik. 2 Nota setebal 180 muka surat sudah pun di fotokopi dan sekarang tibalah masanya untuk aku mencuba dan berusaha untuk menyeselaikan masalah yang agak rumit. Kerja Sekolah subjek Matematik Berkomputer(Computational Mathematics) yang bernilai dua puluh peratus(20%) dari markah keseluruhan. Melibatkan bahagian Algebra, Penyelesaian Persamaan Linear, Error analisis, Interpolation, Least Square Theorem dan tajuk-tajuk kecil berkenaan dengan Error.


Dirumuskan, subjek ini adalah satu subjek yang menerangkan kelebihan kegunaan komputer dalam Matematik dan membezakan cara-cara yang betul agar Error dapat diminimumkan sekecil yang mungkin kerana generally Machine precision (εm) adalah lebih kurang 10-12, tapi jika memasukkan rumus-rumus, bundaran-bundaran dan sebagainya, Error nya adalah besar. Dengan ini cara atau methodologi yang betul adalah perlu bagi mempastikan sesuatu rekaan* adalah menepati tahap dan kesimpulan awal. Subjek ini adalah generally dipanggil Numerical Analysis.

*rekaan:: Berkenaan Pengiraan dalam Engineering-Bahan Cipta


Dan seterusnya untuk saya memahaminya, disebabkan tidak faham apa yang diajar di dalam kuliah, saya mahu mendalami ilmu ini dengan lebih lanjut lagi agar, tugasan yang diberikan dapat disempurnakan dengan betul (correct, correct, correct::*Baca dalam nada VK Lingam) dan berkesan.


Berhentilah setakat ini dahulu coretan cerita yang tidak begitu menarik perhatian. Berusahalah untuk masa depan. InsyaAllah

0 comments:

Post a Comment