Blogger Template by Blogcrowds

Minggu-minggu terakhir semester—Hikayat Esaimen

Saturday, 24 May 2008
Esaimen Analisis Vektor(Vector Analysis) cukup mencabar minda kali ini sehingga aku perlu membelek-belek banyak buku-buku rujukan dan nota-nota kuliah pada masa lepas.. Terima kasih kepada Dhatchana kerana membenarkan saya menyalin nota-nota kuliah yang saya ter”miss” dua tiga hari..…Ada satu soalan yang belum pasti kesahihan jawapannya.. Mesti dihantar pada ahad ini sebelum pukul 11 pagi..


Esaimen Pengenalan Terhadap Operasi Penyelidikan (Intro To Operation Research) sudah disiapkan jumaat lalu.. Menyedari tugasan-tugasan akhir semester yang agak banyak, aku segera menyiapkan esaimen itu dengan secepat mungkin.. Aku jangka esaimen itu agak rumit, tetapi, bila diteliti dengan betul nota-nota kuliah yang disediakan, tidaklah terlalu sukar.. Nampak sukar kerana aku tidak hadir ke kuliah beberapa hari disebabkan masalah pelik.. Mesti dihantar pada ahad ini sebelum pukul 3 petang..


Esaimen Kebarangkalian (Probability)..Aku harap dapat menyiapkan sehingga hari esok supaya aku dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap satu esaimen lagi selepas ini.. Subjek ini merupakan subjek yang terlalu diabaikan oleh aku kerana aku xfaham dan bernekad mahu catch-up dengan baki masa yang ada…Mesti dihantar pada ahad ini sebelum pukul 5 petang..


Esaimen Matematik Berkomputer (Computational Mathematics).. subjek programming menggunakan MATLAB amat mencabar apabila syllabus nye mempunyai bahagian Numerical Algebra..tapi esaimen kali ini tidak tertumpu kepada bahagian ini..lebih kepada bahagian integration,ODE, dan Euler’s Method, Fixed Step(Runge-Kutta), Multi Step(ode23 , ode45).. Membezakan kehbatan-kehebatan setiap langkah yang digunakan.. Hampir siap 60% dan satu soalan lagi menunggu Lab pada minggu hadapan untuk menyiapkan dengan jaya nya untuk dihantar pada hari jumaat Minggu hadapan iaitu hari penghabisan pengajaran bagi semester ini..


Maka selepas ini berakhirlah hikayat esaimen pada semester ini—Jumlah esaimen terkumpul pada semester ini agak banyak dan paling banyak jika dibandingkan dengan 2 semester yang lalu..26 kesemuanya..

Vector Analysis –3
Probability –10
Intro to OR –10
Computational Math –3

SWOT Vac (Study without Teaching Vacation) akan bermula seminggu dari sekarang—Semoga bersabar menempuhi minggu-minggu “pressure” yang mendatang seminggu dari sekarang…

1 comments:

  1. aisyah said...

    Chaiyok!!mari siapkan assignmentsssssss!!! =)

    25 May 2008 at 00:57  

Post a Comment