Blogger Template by Blogcrowds

PAKES

Wednesday, 26 November 2008
Perancangan
Beberapa persiapan telah dilakukan. Beberapa perancangan untuk masa depan terpaksa dibatalkan kerana difikirkan akan berhenti separuh jalankerana tiada resources yang nyata di masa depan. Menunggu beberapa hari lagi untuk memulakan idea pertama. InsyaAllah, jika tiada sebarang kesulitan dan dipercayai ramai, akan dapat membantu dimasa depan. Berfikir dan berfikir untuk mencari peluang yang terhidang didepan mata. Plan dan plan sebaik mungkin supaya kesulitan di kemuadian hari dapat diminimumkan. InsyaAllah, akan diumumkan sedikit masa lagi. Entry ini hanya melepaskan bosan dikala tiada apa yang hendak dibuat. Oh ya, berfikir akan belajar programming menggunakan Visual Basic.NET..Mungkin dapat membantu di hari muka.. HTML dan XML dan juga CSS sudah dikuasai dan sudah boleh dikelaskan sebagai intermediate user. Dan juga mungkin akan berusaha untuk mempelajari PHP kerana penggunaan yang meluas PHP pada waktu sekarang dan mungkin akan mendominasi pada waktu akan datang. Hidup ini sangatlah bosan dikala tiada apa yang hendak dilakukan.

Beberapa hari lagi akan bermula. Mungkin awal bulan Disember ataupun mungkin akhir bulan Nevember.

Allowance.
M0- oh M0- .. Sekurang-kurangnya pihak anda perlu memberi sebab atas kelewatan pada kali ini terhadap pelajar dibawah tanggungan anda. Walaupun pelajar itu tidak bertanya sepatutnya pihak anda perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara yang sebenar supaya tidak menjatuhkan semangat pelajar dibawah tajaan anda. Bukan bermaksud untuk memperlekahkan tetapi sebagai pihak yang bertanggungjawab, perlulah menjelaskan perkara yang telah berlaku. Diharapkan, perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Kaki

Alhamdulillah. Semakin hari semakin bertambah baik keadaan kaki ini. Walaupun terasa sakit-sakit sedikit tetapi boleh lagi di tahan kerana tidaklah teramat sakit. Sehingga 22 disember nanti akan bertemu semula dengan doctor untuk membuang plaster yang berada di bahagian peha. Maknanya hanga dari hujung kaki hingga ke bawah lutut sahaja akan diplaster selepas 22 Disember nanti..Alhamdulillah.

Exam

Exam sudah pun tamat sejak 19/11 lagi. Perancangan awal adalah untuk bekerja, tetapi disebabkan perkara yang tidak diingini berlaku, terpaksa dibatalkan hasrat itu.

Sekian,

0 comments:

Post a Comment