Blogger Template by Blogcrowds

Musim Assignment

Wednesday 30 April 2008

Masih ku ingat setahun yang lepas diwaktu sebegini rupa… It wasn’t cold as today!!!


Sudah hampir 3 hari aku rase sejuk diwaktu malam merencatkan proses pembelajaranku.. dan sudah 3 hari aku susah mahu bangun tidur untuk ke kelas.. Haish..ape mau jadi ni.. Sekarang musim assignmentsss…Sangat banyak esaimen yang aku terima sejak akhir-akhir ini..aku pon xpasti samada aku boleh menjelaskan semua assignmentssss itu semua.. Sekarang sudah ade 5 assignments yang aku terima.. 3 assignments hantar hari isnin minggu depan 1 hari selasa dan satu lagi isnin minggu depan sekali lagi..Jumaat ni dapat satu lagi assignment submit isnin minggu depan sekali lagi..Belajar memang x lari dari assignmentsss.. Aku suka buat assignment even 6 sekalipon..tapi aku xsuke buat bile aku xpaham…Dah byk buku aku refer…dah byk kali aku khatam baca topik2 yang berkaitan, tapi masih lagi aku xfaham ape yang diajar..ade lah faham sikit2..tapi maybe 3%.. Aku suka belajar bila aku faham ape yang diajar.. Aku sudah focus dalam kelas tapi result die masih sama.. Aku pon sekarang tengah risau dengan satu subjek ni, pass ke tak lah… ade satu lagi subjek aku risau jugak tapi xdelah seteruk subjek yang aku risau sgt ni.. aku rase xnak exam je..dulu sangat beriya-iya nak exam..sekarang rase mcm takut pulak dengan tahap understanding aku yang lemah ni… ade 5 minggu lagi…ade 5+5+1+1 assignment yang tinggal..ade 1+1+1+1 exam lagi ade 3+3+3+2 jam untuk jawab exam…TAKUT…dulu xpernah terdetik pon rase takut mcm ni…


Mahu sambung bace..harap2 fahamlah sedikit…

Matematik Berkomputer

Thursday 24 April 2008

4 buah buku sudah dipinjam dari perpustakaan Jabatan Matematik dan Statistik. 2 Nota setebal 180 muka surat sudah pun di fotokopi dan sekarang tibalah masanya untuk aku mencuba dan berusaha untuk menyeselaikan masalah yang agak rumit. Kerja Sekolah subjek Matematik Berkomputer(Computational Mathematics) yang bernilai dua puluh peratus(20%) dari markah keseluruhan. Melibatkan bahagian Algebra, Penyelesaian Persamaan Linear, Error analisis, Interpolation, Least Square Theorem dan tajuk-tajuk kecil berkenaan dengan Error.


Dirumuskan, subjek ini adalah satu subjek yang menerangkan kelebihan kegunaan komputer dalam Matematik dan membezakan cara-cara yang betul agar Error dapat diminimumkan sekecil yang mungkin kerana generally Machine precision (εm) adalah lebih kurang 10-12, tapi jika memasukkan rumus-rumus, bundaran-bundaran dan sebagainya, Error nya adalah besar. Dengan ini cara atau methodologi yang betul adalah perlu bagi mempastikan sesuatu rekaan* adalah menepati tahap dan kesimpulan awal. Subjek ini adalah generally dipanggil Numerical Analysis.

*rekaan:: Berkenaan Pengiraan dalam Engineering-Bahan Cipta


Dan seterusnya untuk saya memahaminya, disebabkan tidak faham apa yang diajar di dalam kuliah, saya mahu mendalami ilmu ini dengan lebih lanjut lagi agar, tugasan yang diberikan dapat disempurnakan dengan betul (correct, correct, correct::*Baca dalam nada VK Lingam) dan berkesan.


Berhentilah setakat ini dahulu coretan cerita yang tidak begitu menarik perhatian. Berusahalah untuk masa depan. InsyaAllah

Test

Tuesday 22 April 2008
Esok ade test...
Selamat berjaya...
Malam ni wat past year mid semester test..
Layan tdo sekejap...

Pukul 8.46 pagi

Saturday 19 April 2008

Dipagi hari…Setelah aku x tido semalaman buat keje ntah ape2, lepas subuh ~5.40am baru aku memulakan misi baru untuk next week.. Mid Sem Exam vector analysis.. Tapi, baru buat 3 soalan (12 soalan kecik) dah rase malas.. ade lebih kurang 11 soalan besar lagi perlu aku buat hari ni nak lepaskan target harini… Mungkin berjaya, mungkin tidak.. Plan awal, pukul 10pg ade match bola f-2-l kat Uni Turf.. White Roses vs Insignia..Abes dalam pukul 12.30pm..maybe balik aku tidor setelah xtido satu malam…2 jam je aku tdo smalam aku rase.. Pukul 7pm sampai pukul 9pm…then stay up sampai sekarang…


Lepas bangun insyaAlah Asar, dalam kul 4 roughly…tdo balik…bangun…lps tu baru aku sambung 11 soalan lagi kot…tak pon lps asar aku dah xtido aku buatlah 5 soalan lagi..so, malam tinggal 6 soalan…


Tapii, masalahnye esaimen probability aku xsiap lagi…due date 21 hb ni…hurmm…nasib esaimen OR aku dah siapkan awal2 dah..kalo x, naye aku..


Menunggu pukul 9.30pg untul bergerak ke Turf uni..dimestikan berada disana pukul 10.00pagi…xsabo nak maen nih….


Nak sarapan jap..Makan roti je pon..nak?

Next week

Thursday 17 April 2008

Akhirnya, masa yang di”takuti” akan tiba…Next week mungkin adalah minggu yang membuatkan aku struggle.. Bermula dengan assignment OR dan probability yang merupakan subjek wajib assignment setiap minggu dan selasa akan mendapat satu assignment computational math yang berharga 20% dan hari keesokannya mendapat satu mid semester test bagi subjek vector analysis yang berharga 11% cukup membuatkanku berada dalam keadaan tertekan dan tak tentu arah..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ermm…sudah minggu keenam sudah.. sekejap sahaja masa berlalu.. Ade 6 minggu lagi untuk dihabiskan semester ini..aku harap aku dapat menghadapi liku2 hidup semester ini dengan tabah..Sebulan setengah saja lagi untuk menghabiskan semuanya.. Sebulan setengah sahaja lagi masa untuk aku bersedia..Ingat aku mase SPM dahulu… Sebulan setengah tidaklah lama..Pejam celik pejam celik dah sampai waktu exam..Arghhh…Aku mahu faham subjek probability….Mahu faham subjek computational math…. Sepatah haram xpaham ape lecturer ajar…hahaha….Hurmm..agak lah…mostly setakat ni aku pegi lecture 95% lah…aku ingat, baru xsampai 10 lectures la aku xpegi…5-6 lectures kot..xpasti…t upon mmg masalah xleh nak dielakkan lah…hehehe…compared tu 1st year 1st semester…hampeh…50% je aku gi lecture tak pon kurang lagi…aku mahu berubah…

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Berubah kepada yang lebih baik—bukan sebaliknya…

Jom berubah…

Bila tengok gambar

Wednesday 16 April 2008
Skali skale rase mau balik Malaysia pulak..sepanjang hidup aku, xpenah homesick dan akhirnya aku kalah dibumi melbourne ni...

Haishh...

Exhausted

Monday 14 April 2008

Kepenatan… Itulah yang aku rase pada hari ahad yang lepas..Bangun pagi, pegi training rugby sampai pukul 12 tgh hari then keluar gi City beli alat tulis balik pukul 4pm..Sampai rumah terus tdo..bangun tdo trus wat assignment..… Aku stay up sampai pagi…dari pukul 9.00mlm sampailah pukul 7.30 pagi..ini gara-gara assignment probability..aku tak tau lah mcm mane…aku xpaham ke hape..maybe konsep die aku kurang faham…Assignment aku suruh terry tolong antarkan..xlarat aku nak pegi kelas harini…hahaha…Hari ni aku xpegi kelas…Hurmm..malam ni insyaAllah aku mau siapkan assignment OR and then tengok Impak Maksima kat tv3….



Istiqamah

Saturday 12 April 2008

Alhamdulillah, perancangan aku masih lagi dalam aturan yang betul untuk 2 hari ini.. I hope that this will continue until I finish my degree.. InsyaAllah.. 2 hari ini aku paksa diri aku buat kerja, studi, buat latihan dan revise subjek yang aku tak faham, setakat ni subjek kebarangkalian a.k.a probability… Sekarang aku masih dalam stage memahami konsep random variable yang sangat banyak itu tapi, bagi subjek aku ni hanya random variable yang popular (bace yang dianggap penting) je yang diajar

Ok lah…sekarang pukul 4.53am aku rase mau stop dulu studi, dapat sket pon jadilah asalkan faham ape yang aku studi..Tunggu subuh, then I want to sleep a bit.. Hari ni aku xtau ape aku nak buat..xde plan lagi…

I hope that this effort will be last forever, InsyaAllah…

3 soalan

Thursday 10 April 2008
Sebelum melanjutkan penulisan ini, Alhamdulillah semalam berjaya juga aku menyiapkan assignment OR dengan cabaran kalkulator aku xtau letak kat mane, MATLAB xberfungsi dengan betul(ntah la, maybe xleh pakai command tu kot) and aku pon, kire dengan tangan je lah… 1st time dalam hidupku kat Meben ni, aku wat assignment pakai pensel..Haha… biasenye aku pakai pen, salah sket, trus aku potong je, nampak agak comot bile tulis pakai pensel dengan kesan pemadam tang dah berape tahun da gune xabes2 sebab aku gune pen je..


Ok lah, banyak melalut, 3 soalan..ape tu?hahaha…
Sebenarnye adalah pemikiran saye tadi… Kalaulah dapat siapkan 3 oalan dlm buku workbook Vector analysis, dalam 30 hari je aku dapat siapkan buku tu… dan aku dah mahu cuba cara itu bermula hari ini..Buat 3 soalan Vector analysis kat Uni dalam sejam, then baru balik rumah…malam study probability..satu muke surat pon jadilah..dalam tute tadi, masyaAllah…aku xpaham hape yang soklan tu tanye..aku pon pikir time aku nak jawab exam nanti mcm mane…hishhh…cuak gak…fail ke hape ke…xnak lah…InsyaAllah at least satu page semalam…boleh la sket dari xde langsung….

Ok lah, ni gambo assignment aku wat smalam tu….tulisan buruk macam biase…hahahaha..

The Hari ini aku _ _ _ _

Wednesday 9 April 2008

Hari ini aku nak menyiapkan assignment Intro to Operation Research(OR) pulak…

Hari ini aku dapat lagi satu assignment OR untuk next week punye..

Hari ini aku nekad mahu menyiapkan assignment OR..

Hari ini aku nak tengok movie CJ7 tapi aku terpakse download lain sebab subtitle xmatch dengan time frame for subtitle…

Hari ini aku nak try tgk tutorial probability untuk esok..

Hari ini aku nak buat tutorial Vector analysis kalo ade mase..InsyaAllah

Hari ini, Hari ini dan hari hari esok…

Satu perjalanan yang aku belum pasti kemana arah tujuanku… Niat aku ade, tapi usaha aku tak ade… Aku mau jadi RAJINNNN….

When I come again..

Monday 7 April 2008
Salam--Sejahtera

The come back of Fakhri..now in the second year..haha..rase besar ke??

Just wanna wish me gud luck for this semester--

Hope I can do better in this semester--

Even the subjects that I took are very "nerves stimulating"--

--New dimension of "Sit in Between" Begins--

--MATLAB in progress, esok due date--
maybe tonight again, stay up till 4am.. Wadda student life